29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bot karam di Belaga – dua masih hilang, tiga selamat

    Shopee Sale

    Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang semalam.

    Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mangsa yang hilang ialah Balavishnu Permaloo, 36,  serta Rhuban Apparoo, 30, dan kedua-duanya adalah lelaki serta berasal dari Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

    Beliau berkata maklumat dan identiti tiga lagi mangsa yang terselamat belum diperoleh setakat ini.

    Menurut pusat itu, sebaik panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 4.33 petang pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dengan kekuatan lima anggota dan jentera telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 31 kilometer.

    “Mengikut maklumat awal seramai lima pekerja Syarikat Clinroom Indusrti Sdn Bhd yang juga syarikat penyelenggara empangan Bakun telah menyewa bot daripada penduduk kampung untuk bersiar-siar di sekitar Jeram Mejawah, Belaga yang dikemudi oleh Robert Jaang (penduduk Rumah Apan).

    MENARIK:  Pokok tumbang, banjir kilat akibat hujan dan angin kencang di P Pinang

    “Semasa kejadian, bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di Jeram Mejawah. Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun dua penumpang dihanyutkan arus deras,” menurut kenyataan itu di Sibu, malam tadi.

    Sebaik selesai mengumpul maklumat dan memantau keadaan di lokasi, pasukan bomba bergerak balik ke balai dan operasi ditangguhkan pada 6.30 petang manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung esok pagi bersama agensi lain yang berkaitan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah