31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bicara kes saman Fahmi terhadap Papagomo dan dua lagi bermula 2 Okt

    Shopee Sale

    Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo akan bermula pada 2 Okt ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

    Saman itu difailkan Fahmi secara berasingan pada 5 Sept 2023 terhadap Wan Muhammad Azri, penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani dan pemilik akaun Facebook “N13 Kuang” Mohd Fauzan Madzlan berhubung dakwaan kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

    Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi ketika ditemui pemberita berkata pada prosiding kes berkenaan hari ini, Hakim Roz Mawar Rozain telah membenarkan permohonan plaintif (Fahmi) supaya ketiga-tiga kes saman berkenaan dibicarakan bersama.

    "Mahkamah kemudian menetapkan 2 dan 3 Okt untuk perbicaraan," kata peguam itu.

    Prosiding berkenaan turut dihadiri peguam Mohammed Zamri Ibrahim yang mewakili Mohd Fauzan.

    MENARIK:  Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai terkait GISBH di Rawang

    Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

    Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023, manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos tahun sama.

    Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu tidak berasas, dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

    Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah