25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beri laluan mudah pada Saifuddin jadi timbalan presiden – ketua cabang PKR

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin cabang PKR mencadangkan agar Rafizi Ramli memberi laluan kepada Saifuddin Nasution Ismail untuk menjadi timbalan presiden parti dalam pengundian kali ini.

    Ketua PKR Titiwangsa Syed Badli Shah Syed Osman membangkitkan pengalaman Saifuddin mengharungi “jatuh bangun” PKR serta spekulasi Rafizi ingin meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden parti dan tindakannya mengambil cuti daripada jawatan Menteri Ekonomi.

    “Sebagai pemimpin senior yang sangat berpengalaman mengharungi jatuh bangun parti, saya yakin sudah sampai masa dia diberi laluan mudah untuk membantu presiden Anwar Ibrahim mengemudi PKR sebagai orang nombor dua.

    “(Sementara itu) Spekulasi perletakan jawatan Rafizi sebagai timbalan presiden dan percutiannya dari jawatan Menteri Ekonomi sedikit sebanyak menimbulkan keresahan di kalangan anggota parti khususnya dan kerajaan perpaduan amnya.

    “Saya yakin kompromi antara dua tokoh hebat ini akan melonjakkan sokongan rakyat dan keyakinan terhadap PKR seterusnya mengekalkan kestabilan politik dalaman parti,” kata Syed Badli Shah dalam kenyataan hari ini.

    Syed Badli Shah

    Terdahulu spekulasi penyertaan Saifuddin dalam pengundian kali ini hangat diperkatakan selepas wujudnya ketidakpuasan hati dalam kalangan kem Rafizi susulan keputusan pengundian cabang, baru-baru ini.

    MENARIK:  Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P Pinang

    Timbul juga khabar angin berkenaan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengundian - yang dilihat sesetengahnya sebagai luar jangka - mendorong Rafizi mempertimbang untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

    Semalam, Saifuddin berkata dia akan terus membuat "pertimbangan terbaik" dengan tawakal dan istikharah sebelum memutuskan untuk bertanding atau tidak.

    Dia juga berkata telah berbincang dengan pelbagai pihak dalam PKR, termasuk bersama Anwar dan Rafizi, dan akan membuat keputusan muktamad berhubung percaturannya dalam parti.

    Sementara itu, Syed Badli Shah berkata Rafizi perlu segera menjawab segala spekulasi berkenaannya dan bukannya membiarkan Anwar selaku Perdana Menteri untuk “menepis isu remeh seperti ini di mata umum”.

    “Jika benar segala spekulasi yang diperkatakan ini, saya ingin mencadangkan kepada Rafizi untuk berkompromi dengan memberi laluan mudah kepada Saifuddin bagi menggalas tugas sebagai timbalan presiden tanpa perlu dicabar,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah