28.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berangkat sekarang – AS gesa rakyat tinggalkan Timur Tengah

    Shopee Sale

    Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya supaya meninggalkan beberapa negara dan wilayah di seluruh Timur Tengah berikutan “risiko keselamatan serius”, lapor Anadolu Ajansi.

    Dalam kemas kini keselamatan yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu menyenaraikan Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Israel, Tebing Barat yang diduduki dan Gaza, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman sebagai lokasi terjejas.

    Menerusi hantaran di platform X, Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Konsular Mora Namdar menggesa rakyat Amerika supaya “berangkat sekarang” dari lokasi yang disenaraikan dengan menggunakan pengangkutan komersial yang tersedia.

    MENARIK:  MIC gesa KDN lucutkan kewarganegaraan warga Malaysia di Jerman

    Sejak Sabtu pagi, Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa pegawai keselamatan kanan.

    Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel serta aset AS di rantau itu, sekali gus mendorong beberapa negara Teluk menutup ruang udara masing-masing.

    Terdahulu, Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) mengumumkan bahawa enam anggota perkhidmatan AS terbunuh setakat hari ketiga serangan ketenteraan bersama AS-Israel.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah