23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bendera Pahang dikibar separuh tiang esok, penghormatan pemergian Pak Lah

    Shopee Sale

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang esok.

    Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Nazri Abu Bakar dalam kenyataan memaklumkan titah itu bagi menzahirkan penghormatan atas pemergian Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    “Menjunjung titah perintah Sultan Pahang, adalah dimaklumkan bahawa bendera negeri Pahang hendaklah dikibarkan separuh tiang pada 16 April (Rabu) bagi menzahirkan penghormatan atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdullah pada 14 April,” katanya.

    Tun Abdullah, 85, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang hari ini.

    MENARIK:  Pengetua sekolah letak jawatan susulan skandal seks

    Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah