28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tak bersalah tuduhan menculik

    Shopee Sale

    Bekas pemain bola sepak Kelantan dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Pasir Mas hari ini atas pertuduhan melarikan dan mengurung seorang lelaki, tahun lepas.

    Cik Hisammudin Hassan, 51, dan Saufi Ariffin, 24, didakwa secara bersama telah melarikan Marzuki Mustapha, 45, secara paksa dengan niat hendak mengurung dengan sulit dan salah.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Kampung Palekbang, Tumpat, pada kira-kira 7.20 pagi, 20 Mei 2025.

    Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.

    MENARIK:  Polis kesan suspek bungkus kucing dalam guni, lempar ke sungai

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala Cik Hisammudin diwakili peguam Heather Marie Anthony sementara Saufi tidak diwakili peguam.

    Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh memandangkan kes itu adalah serius namun Heather Marie memohon jumlah jaminan minimum diberikan.

    Hakim Zulkpli Abdullah kemudian menawarkan jaminan RM12,000 setiap seorang dan menetapkan 18 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah