34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Batalkan demo, jangan buat huru-hara – Sim

    Shopee Sale

    Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menggesa penganjur membatalkan perhimpunan antikuil haram di hadapan Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Sabtu ini.

    Anggota parlimen DAP Bukit Mertajam itu juga meminta polis bertindak tegas terhadap demonstrasi dinamakan “Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram” itu serta memastikan tiada sebarang perhimpunan.

    Tegasnya, tindakan mengadakan demonstrasi sedemikian hanya akan mengapi-apikan kebencian dan merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

    "Malaysia sebuah negara dengan masyarakat yang majmuk. Mana-mana pihak pun tak perlu jadi wira sentimen agama dan kaum.

    "Provokasi berhimpun seperti ini tak membantu untuk menyelesaikan masalah negara, malah mengapi-apikan kebencian yang boleh memusnahkan negara. 

    MENARIK:  Bicara kes Muhyiddin menghasut bermula 3 Nov

    “Batalkan perhimpunan, hentikan provokasi, jangan buat huru-hara," katanya dalam kenyataan di media sosial tengah malam tadi.

    Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah dia menerima sendiri poster rancangan itu.

    ‘Orang Islam saya jaga, orang bukan Islam saya jaga’

    Sementara itu, Sim juga menegaskan komitmennya untuk membela hak semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

    "Saya masuk politik membela hak semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Orang Islam saya jaga, orang bukan Islam saya jaga. 

    “Saya tak akan biarkan mana-mana rakyat Malaysia diugut dan dibuli," tambah Sim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah