28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa dituduh cuba bunuh anak kandung usia 3 tahun

    Shopee Sale

    Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun, awal bulan ini.

    Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya Nur Helana Haura pada kira-kira 7 pagi, 14 Jan lepas di sebuah rumah di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Balik, Pasir Puteh.

    MENARIK:  Polis tembak mati tiga suspek kes curi di Rawang

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

    Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakaknya di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.

    Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah