31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir: Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani

    Shopee Sale

    Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir termasuk pemberian bantuan kewangan dan sokongan pemulihan pascabanjir.

    Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan menerusi laman Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memantau keadaan banjir dengan rapi.

    Selain itu, KPKM akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan kepada golongan sasar KPKM yang memerlukan.

    Menurut hantaran itu, Mohamad mengadakan lawatan ke Kelantan hari ini bagi meninjau situasi semasa banjir dan menilai kesan banjir terhadap sektor pertanian yang terjejas.

    MENARIK:  Motif 'suka-suka' - 8 pelajar ditekap seterika panas masa tidur

    "Nilai keseluruhan kerugian sektor pertanian Kelantan akibat banjir kali ini dianggarkan melebihi RM16 juta," katanya.

    Menurut kenyataan itu, sebanyak 4,872 hektar kawasan pertanian dilaporkan telah terjejas yang melibatkan 2,156 pesawah, petani dan pengusaha makanan, manakala 661 petugas KPKM Inc. Kelantan turut menjadi mangsa banjir kali ini.

    Mohamad turut meninjau kawasan sawah di Pasir Mas melibatkan sejumlah 211 hektar, yang beberapa hari lagi akan dituai telah tenggelam sepenuhnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah