23.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir di Hulu Langat, polis tutup sementara laluan di Sungai Serai dan Nanding

    Shopee Sale

    Polis menutup sementara dua laluan di kawasan Sungai Serai dan Nanding, Hulu Langat, Selangor yang terjejas akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir itu pada 6.18 pagi.

    "Laluan itu ditutup sementara kerana paras air semakin meningkat dan kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata paras air di Batu 18, Hulu Langat menunjukkan penurunan manakala di kawasan Batu 14 masih dinaiki air dan pihaknya telah menempatkan anggota untuk memantau situasi itu.

    MENARIK:  K'jaan setuju naikkan fi perundingan pengamal perubatan am

    Naazron berkata polis bersama penduduk turut membantu menghantar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan SMK Dusun Nanding berikutan laluan ke sekolah terbabit dinaiki air.

    "Setakat ini semua calon SPM di kawasan yang terjejas sudah dihantar ke pusat peperiksaan dan dalam proses menghantar seorang lagi calon," katanya.

    Beliau berkata pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terbabit telah diaktifkan dan menasihatkan penduduk yang terjejas banjir supaya segera berpindah.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah