Mohd Azizi Abu Naim memohon perintah injunksi bagi menghalang pilihan raya kecil daripada diadakan di kerusi DUN Nenggiri, Kelantan.
Permohonannya untuk mencabar pemecatannya oleh partinya, Bersatu dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.
Azizi memohon perintah untuk mengekalkan status quo antara parti, sementara menunggu pelupusan saman pemulanya bukan sahaja terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah, tetapi juga dua pemimpin tertinggi Bersatu - Presiden Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainuddin.
Azizi memohon perisytiharan mahkamah bahawa artikel 10.5 dibaca bersama 10.4 dan 10.6 perlembagaan parti politik itu melanggar hak perlembagaannya untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan kebebasan berpersatuan.





