30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyraf: PRN Sabah jadi ‘wake up call’, ramai ahli tak undi Umno

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi satu ‘wake up call’.

    Menurutnya, Umno memasuki gelanggang dengan keyakinan memiliki lebih 622,637 ahli, tetapi undi yang diterima parti itu di Sabah hanyalah 144,584 undi.

    "Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama kita.

    "Sejarah politik Sabah mencatat tiga ‘Exodus’ gelombang penghijrahan besar-besar, pada 2016 dengan penubuhan Parti Warisan, pada 2018 apabila sebahagian pimpinan menyertai PPBM, dan pada 2023 apabila sebahagian lagi berhijrah ke GRS.

    "Setiap gelombang ini telah menghakis kekuatan Umno, memotong satu demi satu, urat nadi perjuangan Umno Sabah,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini

    MENARIK:  Lim: Tak adil waktu bekerja bukan pejabat ditambah 45 jam seminggu

    Kata Asyraf, trend penurunan ini bukan terhad kepada Sabah.

    Dalam tiga Pilihan Raya Umum yang lalu iaitu PRU13, PRU14 dan PRU15, pola yang sama berulang.

    "Maka menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, Johor dan seterusnya PRU16, kita wajib bertanya dengan jujur:

    "Adakah pertambahan 46,655 ahli pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 3.525 juta, sudah cukup untuk menjamin kemenangan? Statistik di banyak negeri menunjukkan jurang yang ketara antara jumlah ahli dan jumlah undi yang diterima," katanya.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah