27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS terima jet mewah hadiah dari Qatar untuk Trump

    Shopee Sale

    GLOBAL | Amerika Syarikat (AS) telah menerima sebuah jet mewah Boeing 747 sebagai hadiah daripada Qatar, menurut Pentagon pada Rabu, lapor Xinhua.

    Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth menerima pesawat bernilai AS$400 juta itu untuk digunakan sebagai pesawat rasmi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, menurut Pentagon.

    Penerimaan pesawat itu telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dan etika daripada kedua-dua parti politik utama AS manakala pakar turut membangkitkan isu perundangan mengenai hadiah daripada kerajaan asing.

    “Hari ini mencatatkan detik hitam dalam sejarah: Presiden Amerika Syarikat secara rasmi menerima sogokan terbesar daripada sebuah kerajaan asing dalam sejarah negara ini,” kata Ketua Demokrat Senat, Chuck Schumer dalam satu kenyataan.

    MENARIK:  Sarawak akan ganti Kedah sebagai jelapang padi menjelang 2030


    “Tindakan yang tidak pernah berlaku ini mencemarkan institusi presiden dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan,” tambahnya.

    Trump memperkecilkan isu etika berkaitan penerimaan itu dan menyatakan bahawa adalah “tidak masuk akal” untuk menolak pesawat itu manakala Qatar pula menolak kebimbangan terhadap perjanjian berkenaan.

    Jurucakap Pentagon, Sean Parnell berkata Jabatan Pertahanan “akan memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya serta keperluan fungsi misi dipertimbangkan.”

    Menurut pakar, pengubahsuaian pesawat mewah itu akan memerlukan penambahbaikan keselamatan secara menyeluruh, yang boleh menelan belanja ratusan juta dolar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah