Walaupun kini berbeza pendirian politik, bekas ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy tampil membela kunjungan pelatih tentera China di negeri itu Sabtu lalu.
Mempersoalkan “apa yang sensitif sangat?”, Ramasamy berkata tiada apa perlu dibimbangi kerana ia mendapat kebenaran Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, selain amalan biasa.
Bekas pemimpin kanan DAP yang keluar parti itu berkata demikian ketika mengulas bantahan pemimpin Bersatu Saifuddin Abdullah terhadap sambutan meriah terhadap rombongan itu, ketika kapal China masih menceroboh di Laut China Selatan.
“Saya tidak pasti apa ‘sensitiviti awam’ yang dimaksudkan Saifuddin.
“Sebaliknya, lagi banyak kapal asing melawat pelabuhan kita, lebih baik untuk mengeratkan hubungan antarabangsa,” katanya.
[Berita penuh menyusul]





