32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar sertai 3,000 jemaah solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Masjid Negara.

    Solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus selepas Solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

    Turut serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

    Terdahulu, Ehsan menyampaikan Khutbah Khas Jumaat bertajuk Perjuangan Demi Nusa Tercinta bersempena sambutan Hari Pahlawan 2024.

    Media sebelum ini melaporkan Mohd Na’im pada Rabu meminta semua masjid di bawah seliaan Jakim dan Jawi mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh.

    Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Palestin itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran. 

    MENARIK:  GHRF tak lapor Firdaus Wong pada polis, dakwa tiada tindakan diambil

    Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah