25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar pelawa Rusia sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

    “Kita mengambil pendirian sebagai negara yang tidak memihak, dan melaksanakan perananan pusat dalam ASEAN, bagi membolehkan kita menentukan sendiri perkara yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya,” kata beliau pada sidang media bersama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow, Rusia, hari ini.

    Aeroflot, beroperasi selama lebih 100 tahun dan menjadi antara jenama Rusia yang paling terkemuka, ialah syarikat penerbangan terbesar Rusia, yang meliputi syarikat penerbangan Rossiya dan Pobeza.

    MENARIK:  'Anwar perlu terajui perubahan pendekatan serantau Myanmar'

    Aeroflot Group ialah peneraju penerbangan komersial Rusia yang tidak dapat dipertikaikan.

    Pada 2024, Aeroflot sahaja membawa 30.1 juta penumpang, dan sebanyak 55.3 juta penumpang jika termasuk menerusi syarikat penerbangan Aeroflot Group.

    Aeroflot sentiasa mengembangkan rangkaian laluan domestiknya, termasuk penerbangan antara wilayah negara itu tanpa melalui Moscow, membangunkan program pengangkutan berorientasi sosial dan melaksanakan program tambang sama ratanya sendiri bagi penerbangan ke bandar-bandar di Timur Jauh dan Kaliningrad.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah