29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar hulur sumbangan pada 57 ‘otai reformis’

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 57 ‘otai reformis’.

    Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pagi tadi, kepada ‘otai reformis’ sekitar Ampang, di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, di Kuala Lumpur.

    “Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang telah uzur dek kerana faktor usia. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada pihak saya.

    “Mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka serta dipermudahkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Anwar.

    MENARIK:  Jelutong-Pendang 'perang mulut' isu perkauman, tragedi 13 Mei

    Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Speaker DUN Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamarudin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah