34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar bertemu ahli parlimen PH, bincang isu semasa

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana, bagi membincangkan beberapa perkara penting menjelang sidang Parlimen yang akan datang.

    Kenderaan membawa Anwar yang juga Presiden PKR dan Pengerusi PH itu, dilihat memasuki pekarangan Seri Perdana sekitar 4.30 petang.

    Terdahulu, pada 3.45 petang, kenderaan yang membawa ahli Parlimen dan Menteri PH mula memasuki Kompleks Seri Perdana.

    Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

    MENARIK:  Bekalan elektrik di Ampang pulih, gangguan di Klang sedang dibaiki

    Turut kelihatan Ketua Setiausaha PH yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Pertemuan itu merupakan kesinambungan kepada sesi bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 11 Julai, bagi menjelaskan beberapa isu semasa, termasuk mengenai cukai, khabar angin subsidi petrol RON95 dan isu badan kehakiman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah