34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar berduka atas pemergian Kamal Kharazi, gesa perang dihentikan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas menteri luar Iran, Dr Kamal Kharazi yang meninggal dunia akibat kecederaan daripada serangan Zionis.

    Anwar menyifatkan pemergian Dr Kamal sebagai kehilangan besar kepada dunia diplomatik dan merupakan kehilangan seorang sahabat peribadi yang akrab.

    “Dunia telah kehilangan seorang diplomat yang luar biasa dan saya telah kehilangan seorang rakan karib. Takziah saya ucapkan kepada keluarga beliau dan rakyat Iran. 

    “Pemergian beliau adalah peringatan tentang kesan ngeri konflik ini. Perang ini mesti dihentikan,” katanya dalam hantaran di media sosial sebentar tadi.

    Anwar Ibrahim

    Mengimbas kembali hubungan mereka, Anwar berkata beliau mula mengenali Dr Kamal ketika pemimpin itu berkhidmat sebagai utusan Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

    MENARIK:  Status kerusi enam wakil rakyat Bersatu diputuskan speaker - Zahid

    Menurut Anwar, keakraban mereka diteruskan sehingga Dr Kamal menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Iran. 

    Dia menyifatkan tokoh tersebut sebagai seorang yang berilmu, peramah, sentiasa bertimbang rasa dan berbudi bahasa.

    Dr Kamal Kharazi merupakan tokoh politik dan diplomat veteran Iran yang memainkan perananan penting dalam hubungan antarabangsa negara itu selama beberapa dekad sebelum dilaporkan menjadi mangsa serangan terbaharu dalam konflik yang sedang memuncak di rantau berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah