24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar balas Rafizi kritik ‘layanan istimewa Ramanan’

    Shopee Sale

    Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempertahankan keputusannya meluluskan pencalonan individu yang masih baru dalam parti bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), susulan kritikan yang dilontarkan oleh timbalannya, Rafizi Ramli.

    Bercakap kepada wartawan selepas mengundi dalam pengundian kepimpinan pusat parti di Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini, Anwar berkata isu yang dibangkitkan Rafizi boleh dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan parti.

    “Tak apalah, kita bawa (bincang) dalam mesyuarat,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi baru-baru ini dalam kempen Hiruk.

    Dalam kempennya, Rafizi mempertikaikan pencalonan R Ramanan — yang bertanding untuk jawatan naib presiden PKR — dengan mempersoalkan apa yang dilihatnya sebagai layanan istimewa terhadap bekas ahli MIC itu yang dicalonkan di kerusi Parlimen Sungai Buloh dan naik pangkat dengan pantas selepas menang.

    Rafizi juga menyeru akar umbi untuk menamatkan kuasa khas yang dipegang oleh presiden PKR bagi memberi pengecualian kepada mana-mana ahli baru untuk bertanding dalam pengundian parti atau pilihan raya.

    MENARIK:  Kereta rempuh penyokong Liverpool, 47 cedera termasuk 4 kanak-kanak

    Bagaimanapun, Anwar menjelaskan walaupun dia meluluskan beberapa individu sebagai calon, proses pengundian sebenarnya dibuat oleh ibu pejabat parti.

    "Saya lulus semua. Jadi tidak ada isu. Saya maklum pada MPP, kalau kamu bawa pada saya saya tak mahu tapis.

    "Kalau tapis nanti jadi masalah. Jadi semua yang bawa permohonan, ikut undang-undang parti, dan diproses oleh ibu-pejabat, saya luluskan semua,” jelas Anwar.

    Rafizi sebelum ini mencadangkan supaya ahli baru hanya dibenarkan bertanding jawatan parti selepas menjadi anggota PKR sekurang-kurangnya lima tahun.

    Kata menteri ekonomi itu langkah berkenaan boleh mengelakkan parti daripada disusupi oleh pihak luar yang cuba membeli pengaruh melalui kekayaan dan jaringan hubungan.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah