29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar akui kelemahan kerajaan, ikrar perbaiki ranking IMD

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan kerajaan di bawah pimpinannya berikutan penurunan tujuh tempat Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024

    Semasa sesi Soal Jawab Perdana Menteri, Anwar mengambil maklum dengan laporan itu dan menggesa pendekatan yang lebih telus terhadap tadbir urus.

    Anwar berkata dia telah mengarahkan kabinet untuk meneliti laporan itu secara menyeluruh dan membincangkan secara terbuka penemuannya.

    “Ada memang kelemahan yang harus diperbaiki. Cuma saya minta perhatian bahawa secara umum, laporan itu masih mengekalkan kedudukan kita sebagai ekonomi yang stabil," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

    Malaysia jatuh ke tempat ke-34 tahun ini daripada tempat ke-27 tahun lepas dalam ranking IMD, yang merupakan laporan tahunan komprehensif dan titik rujukan seluruh dunia mengenai daya saing negara.

    Sebelum ini, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin membidas Anwar mengenai perkara itu.

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ini menyatakan kedudukan itu akan bertambah baik memandangkan negara kini dipacu oleh peningkatan eksport produk berteknologi tinggi.

    Anwar berdiam diri apabila ditanya sama ada rombakan kabinet perlu disebabkan kejatuhan ranking itu.

    MENARIK:  ‘Kamu tak guna sejak dulu’ - Keluarga kecam bekas bos Beng Hock

    Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar), yang mengemukakan soalan itu kepada Anwar, berkata kedudukan indeks itu mencerminkan kabinet Anwar, dan meski perdana menteri dilihat bekerja keras, terdapat menteri yang menurutnya berprestasi rendah.

    Afnan Hamimi Taib Azamudden

    “Nampaknya mungkin ada beberapa orang menteri yang tidak ada daya bukan setakat daya saing, tidak berdaya, takut nanti kepala kereta api pergi seorang-seorang, tertinggal grabak di belakang pusing-pusing tengok gerabak tak ada.

    "Jadi adakah YAB nak tukar gerabak-gerabak yang rosak dan lambat dengan gerabak-gerbak yang baru supaya kita boleh maju?" soalnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah