28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angka korban serangan AS-Israel meningkat kepada 787 – Bulan Sabit Merah Iran

    Shopee Sale

    Angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran meningkat kepada 787 orang, menurut Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansı (AA).

    Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di runtuhan bangunan yang dibom, menurut organisasi itu dalam kenyataan  yang dipetik oleh agensi berita milik kerajaan, Tasnim News Agency.

    Tiada maklumat diberikan mengenai jumlah mangsa yang cedera.

    MENARIK:  Terlalu awal mahu anggap pengundi Cina kembali sokong MCA - Wee

    AS dan Israel meneruskan serangan berskala besar terhadap Iran sejak Sabtu lepas, yang dilaporkan meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai kanan tentera.

    Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset AS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah