25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angka ekonomi positif berjaya perkukuh nilai ringgit – Anwar

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata pengukuhan ringgit juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara sejajar dengan peningkatan angkanya.

    “(Pengukuhan) ringgit tidak harus dilihat secara terpisah (tetapi) harus dilihat juga dari segi peningkatan pelaburan dan pendapatan serta (kadar) pengangguran yang berkurangan.

    “Angka ekonomi secara keseluruhannya menunjukkan petanda positif dan ini berjaya memperkukuh kedudukan ringgit,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai faktor kenaikan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesannya terhadap eksport dan import negara.

    Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu)

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan ringgit tidak menjejaskan aliran eksport dan import negara, malah kerajaan akan terus memperkukuh ekonomi dan menarik pelaburan asing.

    MENARIK:  Satu lagi kes pijak al-Quran, Umno Sabah gesa tindakan tegas

    “Apabila ringgit mengukuh ada kesan positifnya dan ada sedikit yang membimbangkan kerana ia terkait dengan eksport dan import barangan.

    “Namun, pada keseluruhannya, jika kita lihat, tidak ada negara yang mahu nilai mata wang mereka itu merosot dan rendah luar daripada kekuatan yang sepatutnya dipertahankan,” kata beliau.

    Pada pagi ini, ringgit diniagakan pada 3.9650/9750 berbanding dolar AS daripada 3.9615/9670 semasa ditutup semalam. Kali terakhir ringgit dilihat pada paras ini adalah pada Mei 2018.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah