30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggota tentera maut kereta terbabas dalam parit

    Shopee Sale

    Seorang anggota tentera maut setelah kereta Proton Saga dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 9.6 Jalan Tunku Abdul Rahman, di Sibu hari ini.

    Ketua Bomba Zon 4 Sibu Andy Alie berkata mangsa John Ray Dohem, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu.

    Menurutnya, sebaik sahaja panggilan diterima pada 7.36 pagi, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah segera digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Didapati sebuah kereta Proton Saga terbabas ke dalam parit di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman dan terdapat seorang mangsa telah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Pindaan kewarganegaraan bukti kesungguhan k’jaan lakukan reformasi

    Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.46 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah