26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak lelaki maut dilanggar bapa secara tidak sengaja

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor di Kampung Raja, dekat Jertih hari ini.

    Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian pada sekitar jam 9.30 pagi itu berlaku apabila bapa kanak-kanak tersebut mengalihkan kenderaannya setelah selesai mencucinya di halaman rumah.

    “Namun lelaki tersebut tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kenderaan yang dipandunya itu dan menyebabkan dia telah terlanggar kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Abdul Rozak berkata bapa kanak-kanak itu kemudiannya membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Gong Medang di Jertih, namun kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi.

    MENARIK:  LFL kecam polis siasat Isham sebab gesa PM saman Bloomberg

    Katanya itu kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah