29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AMK desak KPT siasat UM batal ‘forum Azam Baki’ saat akhir

    Shopee Sale

    Pemuda PKR hari ini mengkritik tindakan Universiti Malaya (UM) yang didakwa membatalkan sebuah forum berkaitan isu rasuah pada saat akhir tanpa notis rasmi, sambil menyatakan solidariti terhadap penganjur yang menuntut penjelasan dan permohonan maaf.

    Ketua Pemuda PKR (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan tindakan itu sebagai satu penafian hak mahasiswa untuk terlibat dalam wacana intelektual secara matang.

    "Pembatalan ini adalah tidak wajar. Universiti harus menjadi wadah bagi mengangkat wacana segar untuk membahas isu semasa."

    "Mahasiswa harus diberi ruang dalam institusi bagi menyatakan pandangan dan kritikan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya menerusi ciapan di laman X hari ini.

    Muhammad Kamil, yang juga setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.

    Forum antirasuah tukar tempat

    Semalam, Sekretariat Rakyat Benci Rasuah melahirkan rasa kecewa selepas pihak Hal Ehwal Pelajar UM didakwa membatalkan forum bertajuk “Pelantikan Azam Baki, wajar atau tidak?” yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam di Auditorium JHB, UM.

    MENARIK:  Persatuan farmasi gesa k'jaan lihat semula peruntukan GEG

    Menurut penganjur, keputusan itu dimaklumkan secara tiba-tiba tanpa sebarang pemakluman bertulis menyebabkan mereka terpaksa menukar lokasi ke Rumah Mandiri, Petaling Jaya agar forum tetap dapat diteruskan.

    Pihak sekretariat turut menuntut agar UM memberikan jaminan bertulis bahawa forum pelajar tidak lagi akan dibatalkan tanpa alasan munasabah serta menegaskan pentingnya komitmen universiti terhadap prinsip kebebasan akademik.

    Panelis undangan ke majlis forum itu ialah ahli ekonomi politik terkemuka Edmund Terence Gomez, Pengerusi Bersih Faisal Aziz, wakil Mahasiswa Keadilan Malaysia Yuveraaj Pillai dan Thishant Sai Sugaythran, daripada Suara Siswa UM.

    Setakat ini, pihak Malaysiakini masih menunggu maklum balas rasmi daripada pihak Universiti Malaya berhubung dakwaan ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah