25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amir mahu terus jadi teknokrat, belum putuskan tanding PRU atau tidak

    Shopee Sale

    Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menyatakan dia belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding pada PRU atau sebaliknya.

    Amir Hamzah sebaliknya berkata mahu terus berkhidmat kepada negara sebagai seorang teknokrat.

    Dia berkata reputasinya selama ini terbina sebagai penjawat profesional yang menyumbang kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan dengan perananan berkenaan dilaksanakan sepenuhnya melalui jawatan Menteri Kewangan II yang disandang pada masa ini.

    “Biarlah saya berusaha membantu negara dengan cara yang saya boleh dan pada masa ini, saya mempunyai peluang untuk menabur bakti melalui tugas saya sebagai Menteri Kewangan II,” katanya selepas Sesi Turun Padang Kampung Angkat Madani Menteri Kewangan II di Kampung Pulau Betong di Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | Menanti ‘sinergi kempen’ di Sungai Bakap

    Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan akan bertanding pada PRU akan datang. 

    Amir Hamzah merupakan anak jati Pulau Pinang dan dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang, namun membesar di Kuala Lumpur berikutan perkhidmatan ayahnya dalam sektor kerajaan.

    Bekas CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 12 Dis 2023 hingga 11 Dis 2026.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah