29 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 7 malam ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca itu melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

    Amaran itu turut membabitkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

    MENARIK:  Mahkamah Rayuan kekal ganti rugi RM300,000 kepada Khairuddin

    Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak meliputi kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Sarikei) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah