28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang landa 8 negeri

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.

    Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial, jabaran itu memaklumkan negeri terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur.

    Kawasan diramal terbabit di Kedah adalah Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan, manakala di Perak merangkumi Kerian; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar; Batang Padang dan Muallim.

    "Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, manakala bagi Selangor adalah di Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling. Di Johor pula, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

    “Bagi Sarawak, ia membabitkan kawasan Sri Aman, Kapit dan Miri, manakala bagi Sabah, diramal cuaca yang sama di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Tawau,” kata jabatan itu.

    MENARIK:  Jawatan datuk bandar boleh terlepas ke tangan asing - Putra

    METMalaysi menyebut amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

    “Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah