32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan dan Terengganu

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai esok hingga Isnin.

    Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.45 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

    Di Kelantan pula ia dijangka membabitkan kawasan sekitar Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

    MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook turut memaklumkan bahawa analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung, utara Sarawak dan timur Sabah mulai esok hingga Isnin.

    “Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Penunjuk perasaan berhimpun di pejabat MPS bantah projek insinerator

    Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web http://www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah