Bapa mangsa pembunuhan kejam di Johor Istiqomah Ahmad Rozi, 33, pasrah dengan takdir menimpa anaknya.
Ahmad Rozi Latimin, 64, bagaimanapun berharap pelakukanya dikenakan hukuman setimpal.
"Tetapi itu semua sudah ketentuan Allah SWT, saya reda semua semua ni, Allah SWT dah tulis,” dia dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.
Cikgu Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, itu tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada 26 Disember lalu.
Mayatnya–yang ketika itu belum dikenal pasti–ditemui dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 31 Disember.
Perintah reman terhadap suspek berumur 37 tahun ditambah kepada tujuh hari lagi sehingga 19 Ogos.
Media melaporkan pembunuhan itu mungkin mempunyai kaitan dengan pelaburan tukaran wang asing atau forex.
Nak jumpa hari raya
Sementara itu, Rozi mendedahkan kali terakhir dia bercakap dengan anaknya itu selepas mereka sekeluarga bercuti di Morib, Selangor.
Katanya, ketika itu, Istiqomah berkata akan bertemu mereka nanti pada hari raya.
"Dia kata nak jumpa masa raya, tapi sekarang baru jumpa (sebagai mayat),” katanya.
Sementara itu, ibu allahyarham Saliha Ya, 58, pula berharap hospital di Melaka dapat mempercepatkan proses menuntut mayat untuk dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, Kelantan.
"Sejak 26 Disember, baru saya tahu anak saya dah ditemui tapi hanya rangka.
"Jadi, harap pihak hospital dapat percepatkan proses untuk ambil arwah anak saya supaya dapat dikebumikan di Kelantan," katanya.





