26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alas kaki bercorak Kaabah, masjid: 2 lelaki ditahan polis P Pinang

    Shopee Sale

    Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan di George Town semalam.

    Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 26 dan 41 tahun yang ditahan itu masing-masing merupakan pemilik dan pekerja di bazar tersebut.

    "Pihak polis pada mulanya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan semalam, yang mendapati alas kaki yang dibelinya di bazar itu mengandungi corak menyerupai bentuk masjid serta kaabah.

    “Sabtu lepas, lelaki terbabit melihat beberapa karpet yang disyaki bercorak Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai ketika berada di bazar perniagaan.

    "Setelah membeli karpet tersebut, lelaki itu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Kelantan jangka bentang pindaan enakmen jenayah syariah tahun depan

    Mohd Alwi berkata kedua-dua lelaki terbabit direman untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

    Pada masa sama Mohd Alwi berkata polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan menggangu siasatan polis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah