28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akademi Profesor sokong langkah teruskan SPM, tapi…

    Shopee Sale

    Akademi Profesor Malaysia (APM) hari ini menyokong langkah kerajaan meneruskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebalik sebahagian pelajar berdepan isu banjir.

    Kata APM, mereka bersimpati terhadap gangguan emosi yang dialami sebahagian calon SPM namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa mengambil keputusan sukar dengan meneruskan peperiksaan tersebut.

    Pengerusi Kluster Pendidikan dan Pembangunan Insan APM, Prof Zaidatun Tasir, berkata KPM mengambil kira aspek kesan berantai yang bakal tercetus peperiksaan SPM ditangguhkan.

    Katanya secara keseluruhan ada 402,956 calon yang mendaftar untuk menduduki SPM dan daripada jumlah itu 5,377 calon (1.3 peratus) dilaporkan terjejas akibat banjir.

    Pun begitu APM berpendapat KPM perlu mengambil beberapa langkah menangani isu calon SPM yang terkesan akibat banjir.

    "KPM perlu memberi jaminan sekiranya terdapat calon yang tercicir akibat banjir, mereka perlu diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan gantian selepas musim bencana.

    "Khidmat kaunselor bertauliah juga perlu diberikan kepada pelajar yang terjejas, terutama berkaitan gangguan emosi bagi memastikan mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM," katanya.

    Zaidatun menambah, KPM juga mesti memastikan kebajikan dan persiapan peralatan peperiksaan - seperti pakaian sekolah dan alat tulis - dibekalkan segera kepada semua pelajar yang terjejas.

    MENARIK:  Elaun guru Pasti cuma RM600 langgar akta gaji - Nik Nazmi

    Katanya lagi, APM mengambil maklum KPMM sedang menganjakkan beransur-ansur permulaan sesi persekolahan agar kembali bermula pada Jan setiap tahun.

    "Sekiranya SPM ditangguhkan, ia akan memberi kesan kepada usaha ini termasuk memberi impak rantaian terhadap kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT).

    "Kesan penangguhan SPM akan melibatkan hampir 99 peratus calon yang tidak terjejas dengan banjir dengan rantaian yang lebih banyak termasuk emosi, logistik dan kewangan serta pelbagai kesan lain," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah