28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli kongres AS nak tukar nama Teluk Mexico jadi Teluk Amerika

    Shopee Sale

    Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) Marjorie Taylor Greene berkata beliau akan membentangkan rang undang-undang untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika pada pagi Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Presiden terpilih AS Donald Trump, sebelum ini menyatakan pada Selasa yang beliau bercadang untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika sebagai sebahagian dasar wilayah pentadbiran baharunya.

    "Ini teluk kita. Nama yang sebenar ialah Teluk Amerika dan seluruh dunia harus merujuknya sedemikian.

    “Sebaik sahaja presiden Trump (yang akan dilantik) membuat pengumuman itu, saya mengarahkan pasukan saya untuk merangka rang undang-undang tersebut.

    “Rang undang-undang ini siap disusun dengan majlis perundangan dan sedia untuk dikemukakan pagi Khamis," menurut Greene di platform X.

    MENARIK:  Mara beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia meskipun ditolak MOF

    Ahli kongres itu menggesa Kongres agar serius melaksanakan mandat agenda Trump dan bertindak pantas untuk merealisasikannya.

    Greene, wakil Republikan dari Georgia mendakwa kartel Mexico menggunakan teluk itu untuk "menyeludup manusia, dadah, senjata dan entah apa lagi," sementara rakyat Amerika terpaksa menanggung kos untuk melindungi perairan maritim daripada "ancaman ketenteraan negara asing."


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah