32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Malaysia

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia yang akan disambut esok.

    Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati Allah SWT dengan keamanan yang berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah.

    Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu.

    MENARIK:  'Kerajaan janji keluarga Pastor Koh, Amri untuk teliti kehilangan paksa'

    Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth esok, dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik mulai pukul 9 pagi.

    Edisi kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah