29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong: GSF contoh semangat persaudaraan tanpa batas

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyifatkan Global Sumud Flotilla (GSF) adalah misi kemanusiaan murni yang menzahirkan semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang kelaparan di Gaza, khususnya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

    Seri Paduka Baginda bertitah misi GSF itu contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

    “Sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam misi GSF itu termasuk rakyat Malaysia sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

    “Mereka dalam misi itu hanya membawa bekalan makanan namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat,” titah Seri Paduka Baginda menerusia akaun Facebook Royal Press Office hari ini.

    MENARIK:  Larian sarung: Jaga kesihatan, jaga negara - Anwar

    Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di Kuala Lumpur hari ini, yang menyembah maklum tentang perkembangan semasa GSF, termasuk usaha kerajaan Malaysia bagi membebaskan sukarelawan yang terlibat.

    Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat Malaysia dipermudah dan dilindungi Allah SWT.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah