28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong dijadual berangkat ke tapak kebakaran paip gas pagi ini

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dijadualkan berangkat melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights di Subang Jaya pada 10 pagi ini.

    Seri Paduka Baginda juga berkenan menyerahkan sumbangan kepada ketua isi rumah terlibat dan melawat pusat penempatan sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

    Memasuki hari kelima insiden kebakaran paip gas berkenaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi lain masih mengatur gerak menjalankan siasatan dan tindakan susulan di lokasi kejadian.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi terlibat pagi ini bagi gerak kerja di lokasi.

    MENARIK:  Pilihan raya KKB pada 11 Mei

    Tinjauan Bernama di lokasi mendapati antara agensi telah berada di lokasi ialah PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

    Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah