30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Adakah kenyataan Muhyiddin itu konsensus atau mewakili PN?'

    Shopee Sale

    Pemuda Umno yang dukacita dengan kenyataan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana  mempertikaikan tugas serta perananan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 mencabar pimpinan Perikatan Nasional (PN) supaya menyatakan pendirian mereka.

    Menerusi satu kenyataan, ketuanya, Dr Akmal Salleh bekata, sekutu Bersatu, iaitu PAS dan Gerakan juga wajar tampil memberikan penjelasan.

    “Pemuda Umno Malaysia juga ingin mempersoalkan pimpinan PN, yang terdiri daripada PAS, Bersatu dan Gerakan adakah kenyataan Muhyiddin adalah konsensus dan mewakili mereka semua?

    “Pada hemat Pemuda Umno, adalah wajar untuk Muhyiddin dan PN menyatakan permohonan maaf rasmi dan secara terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

    Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

    Awal hari ini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bertindak tegas tanpa sebarang kompromi ke atas Muhyiddin  yang didakwa telah memperlekeh dan mempertikaikan tugas Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

    Sambil menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan pengerusi PN dan presiden Bersatu itu, baginda mendakwa Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa ayahanda baginda seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.

    MENARIK:  Rafizi: K'jaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan

    Tengku Hassanal bertitah kenyataan Muhyiddin itu dilihat tidak matang, menampakkan seolah-olah dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa dirinya tidak dilantik sebagai perdana menteri.

    Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berhubung perkara itu pada pukul 10 malam tadi.

    Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, kenyataan Muhyiddin jelas mencetuskan persepsi negatif dan kesangsian terhadap kebolehan dan keupayaan baginda selaku ketua negara yang kuasanya diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2).

    “Pemuda Umno, menjunjung kasih di atas titah tegas Tengku Mahkota Pahang, agar pihak PDRM dapat mengambil tindakan tegas terhadap keterlanjuran yang telah dilakukan,” katanya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah