27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    97 kompaun dikeluarkan pada peniaga bazar Ramadan di Kelantan

    Shopee Sale

    Sejumlah 97 notis kompaun di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1973 dikeluarkan kepada pengendali makanan sepanjang minggu pertama Ramadan di Kelantan.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 

    “Kebanyakan kesalahan berhubung ketidakpatuhan pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih," katanya kepada pemberita selepas ‘Walkabout Bazar Ramadan 2025’ dan ‘Pelancaran Kod QR WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan’ di Machang, semalam.

    MENARIK:  Polis rakam keterangan Tamrin Ghafar isu tulisan di blog

    Dia berkata pada tahun ini sebanyak 73 bazar Ramadan berdaftar dengan PBT dan 1,967 pengendali makanan diperiksa dengan 823 daripadanya berada pada tahap bersih.

    Selain itu, jabatan kesihatan negeri menubuhkan 59 pasukan pemantau terdiri daripada 249 penolong pegawai kesihatan persekitaran serta pembantu kesihatan awam bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah