26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘71 terbunuh dalam serangan Israel ke atas penjara di Iran’

    Shopee Sale

    Serangan udara Israel ke atas sebuah penjara di ibu negara Iran, Tehran minggu lepas mengorbankan 71 orang dan mencederakan ramai yang lain, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

    Jurucakap badan kehakiman Iran, Asghar Jahangir pada Ahad mengutuk serangan ke atas Penjara Evin itu sebagai “jenayah sepenuhnya oleh tentera rejim Zionis” sambil menegaskan bahawa serangan berkenaan turut menjejaskan orang awam yang tinggal berhampiran bangunan lawatan dan kehakiman penjara berkenaan, menurut agensi berita Mehr.

    Asghar berkata mangsa yang terkorban termasuk kakitangan pentadbiran penjara, anggota tentera kerahan, banduan, ahli keluarga banduan serta orang awam yang tinggal berhampiran penjara.

    MENARIK:  ULASAN l Muktamar PAS ke-70 adalah kemuncak politik kebencian

    Serangan udara itu berlaku pada Isnin lepas sebagai sebahagian daripada gelombang serangan tentera Israel ke atas pelbagai sasaran di seluruh Tehran, menurut pegawai Israel.

    Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas lokasi tentera, nuklear dan awam di Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Iran.

    Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Selasa lalu, sehari selepas serangan udara ke atas penjara berkenaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah