27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    6 pegawai Puspakom digantung tugas serta-merta

    Shopee Sale

    Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat digantung tugas serta-merta.

    Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata pihaknya memandang serius kes berkenaan dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku khususnya membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan.

    "Seperti yang sudah berkali-kali saya tegaskan, Puspakom tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah rasuah.

    "Sekiranya terdapat bukti kesalahan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini.

    "Ia termasuklah mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara tidak sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Dron jatuh di beberapa lokasi di Jordan

    Menurut Mahmood Puspakom juga sedang melancarkan siasatan dalaman dan memberi jaminan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan jenayah akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

    "Puspakom tidak akan melindungi sesiapa pun yang terbabit dengan jenayah rasuah," katanya.

    Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, mengesahkan pihaknya menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan Puspakom yang disyaki terbabit sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan yang dibongkar baru-baru ini.

    Bagaimanapun, Azam berkata, enam pegawai pemeriksaan kenderaan Puspakom itu sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil.

    Dua yang lain - iaitu runner yang dilantik kumpulan enam pegawai terbabit - direman lima hari bermula hari ini hingga Sabtu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah