29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar

    Shopee Sale

    Kira-kira 30 hektar hutan di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di Kuantan, dilaporkan terbakar akibat cuaca panas hari ini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya tiba di lokasi kebakaran pada 9.08 pagi tadi bagi menjalankan operasi pemadaman.

    Beliau berkata operasi memadam kebakaran hutan jenis tanah gambut itu dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dengan bantuan dari balai Maran dan Peramu.

    “Anggaran kawasan yang terbakar ialah 30 hektar dan setakat ini pihak bomba sudah berjaya memadam 20 hektar daripada kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di Kuantan malam ini.

    MENARIK:  Muhyiddin: PN boleh selesaikan kekurangan beras dalam sebulan

    Beliau berkata setakat 10 malam ini operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar selain menyekat api daripada merebak ke kawasan lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah