26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaru di Gaza

    Shopee Sale

    Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh pada Jumaat dalam satu siri serangan udara Israel di seluruh Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Sumber perubatan di Hospital Baptist di Gaza melaporkan, serangan udara Israel menyasarkan kediaman keluarga Hamadeh, mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita. Beberapa lagi mangsa, termasuk bayi, turut cedera dalam serangan itu.

    Saksi melihat tembakan artileri mengenai kawasan barat Kem Pelarian Jabalia dan Bandar Beit Lahia, manakala tentera Israel memperhebatkan serangan ke kawasan kediaman di utara Gaza, dengan letupan dan asap dapat dilihat dari Bandaraya Gaza.

    Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala utara Kem Pelarian Nuseirat.

    MENARIK:  Operasi di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing

    Sementara itu, serangan tentera laut Israel ke atas pondok nelayan di pantai Rafah mengorbankan seorang nelayan dan mencederakan tiga lagi, menurut sumber perubatan di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis.

    Selain itu, dua rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera di Khan Younis apabila jet pejuang Israel menyerang kediaman keluarga Omran di kawasan kejiranan al-Tahliya.

    Serangan dahsyat Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas mengorbankan hampir 43,500 mangsa dan menyebabkan wilayah itu hampir tidak dapat dihuni.

    Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakan mereka di wilayah yang dikepungnya itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah