34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    1,074 anggota polis ditugaskan pada penamaan calon PRK DUN Mahkota

    Shopee Sale

    Sebanyak 1,074 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Kluang pada Sabtu ini.

    Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata pasukan keselamatan itu akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memantau situasi dan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

    Beliau berkata kesemua pegawai dan anggota tersebut akan mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan sepanjang proses penamaan calon yang dijadual berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

    “Kita juga ingin menasihati calon dan penyokong parti terlibat agar mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

    “...tindakan tegas akan dikenakan sekiranya berlaku provokasi atau sebarang insiden yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada masa sama, Kumar turut menasihati semua pihak agar bersikap matang, saling menghormati dan mengelakkan daripada melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan kejadian tidak diingini.

    MENARIK:  Isu disiplin dan keselamatan pelajar, kabinet buat keputusan esok

    PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada Sabtu ini dan 24 Sept.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah