
Baru-baru ini Zus Specials jemput min untuk hadir ke pelancaran semula Coffizz Sparkling Brew.
Lain macam betul pelancaran kali ni. Diorang buat dekat kedai herba tradisional, Fah Lian Herbs. Memang sangat-sangat unexpected ye. Min sendiri terkedu dengan konsep yang mereka ketengahkan.
Nampaklah Zus Specials betul-betul nak tonjolkan sisi baharu Coffizz Sparkling Brew yang jauh lebih ‘fun’ dan ‘zing’.
Kopi… dan soda… gabungan ‘unboring’ yang luar biasa!

Bukan tipikal kopi biasa, Coffizz ialah minuman ringan berkarbonat yang diperkaya dengan ekstrak kopi sebenar, sesuai di ambil pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Korang bayangkan je la, walaupun ada ekstrak kopi, ia tak rasa macam kopi tapi masih boleh memenuhi keperluan kafein penggemar kopi.

Menurut Ketua Perniagaan, FMCG & Gaya Hidup Zus Coffee, Ng Chun How, mereka sentiasa mencari cara untuk menginovasi kopi tradisional.
“Coffizz bukan tipikal kopi biasa, Ia ada karakter tersendiri. Coffizz dicipta untuk tarik minat golongan muda, peminat minuman ringan berkarbonat dan peminum kopi untuk cuba sesuatu yang berbeza dan ‘unboring’.”Katanya kepada kami.
Coffizz adalah bukti bahawa Zus Specials tak takut nak cuba dan bawakan kelainan buat para penggemar kopi di luar sana.
Dengan kafein ringan dalam setiap tin, Coffizz sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur. Siapa-siapa pun boleh minum, tak kisahlah korang peminat minuman berkarbonat atau kopi.
‘Zing’ dengan Zesty Lime

Korang wajib cuba perisa baharu Zesty Lime. Ianya menawarkan rasa ‘Zing’ yang menyegarkan seperti minuman berkabornat. Memang layan habis bila minum sejuk-sejuk.
Kalau korang nak cuba buat kelainan, korang juga boleh campurkan pelbagai pilihan jus, ais krim atau susu pisang. Hasil dia mungkin pelik sikit tapi kadang-kadang menjadi and surprisingly sedap.
Jadi, kali ini ZUS nak bagi nafas baru dan create brand awareness supaya lebih ramai orang kenal dan tertarik untuk cuba Coffizz.
Sebab itu mereka buat pelancaran kali ni di kedai herba tradisional, ianya merupakan simbolik untuk menunjukkan bahawa gabungan ‘lama’ dan ‘membosankan’ bersama jenama moden seperti Coffizz, akan menghasilkan sesuatu yang fresh dan’ unboring’. Ianya adalah movement untuk menjadikan benda bosan kembali ‘fun’ semula.

Dapatkan Coffizz di pasaraya, kedai-kedai serbaneka dan stesen minyak berdekatan dengan korang hari ini untuk rasa ‘Zing’ yang sebenar.
Pembelian secara dalam talian boleh dibuat di SINI.
Maklumat lanjut berkaitan Coffizz boleh didapati melalui @zus.specials.





