Pelakon Zulin Aziz berkongsi tentang pengajaran yang diambil bersama suami tercinta, Farhan Norzaini selepas mereka hampir memilih jalan perpisahan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Suami Beri Galakan Untuk Zulin Aziz Kembali Aktif Dalam Bidang Seni
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zulin Aziz Teringin Timang Anak Kembar – ‘Doakan Tau, Saya & Suami Masih Berusaha
Rumah tangga Zulin
Menerusi temu bual Melodi, Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz mengakui bahtera perkahwinannya bersama suami pernah dilandai badai.
Rumah tangga saya baik-baik sahaja Alhamdulillah. Biasalah baru kahwin.
Tak sampai (ke mahkamah) sebab syaitan tu tiba-tiba hilang. Mungkin masa saya banyak berzikir ketika memandu kemudian patah balik..hampir-hampir.
Namun, pasangan itu berjaya menjernihkan keadaan dan mengambil iktibar dari setiap pertelingkahan yang pernah berlaku di antara mereka.
Saya terkesan dengan ayat ini, kahwinlah dengan sesiapa pun, bila namanya manusia kita tak akan ada persefahaman dengan dia seumur hidup, mesti akan ada pertengkaran.
Bila bergaduh, saya sedar kalau kami kahwin dengan orang lain pun akan begini juga. Ibu bapa kita pun bergaduh sampai ke tua.
Masa awal-awal perkahwinan kita masih belum faham sebab kahwin dengan orang yang berlainan karakter.
Selain itu, Zulin juga mengambil pendekatan untuk tidak memuat naik sebarang perihal tentang rumah tangganya di media sosial.
Apa yang saya belajar adalah bila bergaduh jauhkan diri dari telefon.
Tangan sendiri gatal nak update. Campak dulu telefon tu sebelum buat apa-apa pengumuman yang sahih atau benda-benda yang mengaibkan.
Demi zuriat
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama From Saga With Love tersebut turut memaklumkan bahawa dia sedang merancang untuk mendapatkan zuriat dengan melakukan proses Persenyawaan In Vitro (IVF).
Kami sangat sibuk ‘buat anak’, tak jadi-jadi lagi.
Saya tengah berusaha cari duit banyak untuk perancangan buat IVF.
Kami akan cuba dahulu sehabis baik kalau tak, tahun depan kami akan ke arah itu (IVF).
Sebelum ini, Zulin pernah mengejutkan ramai apabila memberi bayangan seolah-olah tidak mampu lagi untuk mempertahankan rumah tangganya. Namun jodoh Zulin dan Farhan masih panjang apabila cinta di antara mereka kembali bertaut.
Sekadar info, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Februari 2022.
Sumber: Melodi
The post Zulin Aziz Ambil Iktibar Selepas Perkahwinan Hampir Berantakkan – ‘Bila Gaduh Jauhkan Diri Dari Telefon’ first appeared on OHBULAN!.




(@zulinaziz)

