Penyanyi Zehra Zambri memaklumkan bahawa dirinya kini berada dalam fasa yang kritikal dan amat memerlukan peluang pekerjaan.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Mahu Cari Kerja & Fokus Karier Seni – ‘Rugi Kalau Tak Guna Sijil Master’
Artikel Berkaitan: Dua Kali Melalui Perceraian, Zehra Zambri Lapang Dada Terima Takdir – ‘Cukuplah Saya Berjuang, Kasih Sayang Dah Tiada’
Mahu bekerja

Menerusi hantaran di Threads, Zehra, 38, meluahkan dia berdepan dengan keadaan hidup yang sukar terutama dari segi kewangan.
Saya berada di fasa yang sangat-sangat kritikal. Saya harus memulakan hidup saya dari bawah semula. Anak perlu saya nafkahi.
Perkahwinan lalu telah buat saya kehilangan banyak benda. Termasuk aspek kewangan saya sendiri yang telah dicabuli.
Justeru, Zehra menyatakan bahawa dia amat memerlukan peluang pekerjaan demi kelangsungan hidup serta berharap bakatnya diterima semula dalam industri seni.
Saya ingin bekerja semula, jika ada sesiapa perlukan khidmat saya untuk persembahan pentas boleh je hubungi saya.
Terakhir saya sebagai Finalis GV11 (Gegar Vaganza 11) lalu. Dari 2005 saya telah bergiat dalam industri seni suara
Selain bergelar penyanyi, Zehra juga berkongsi pengalaman luas dalam bidang penyiaran iaitu sebagai wartawan, pengacara dan pembaca berita.
Selain menyanyi, pengalaman saya terdahulu juga dalam bidang penyiaran. 9 tahun saya berkhidmat di RTM sebagai wartawan penyiaran, host Selamat Pagi Malaysia dan juga pembaca berita TV.
Jika ada apa-apa peluang yang bersesuaian dengan bakat dan pengalaman saya ini mohon dipanjangkan.
Pada 20 Ogos lalu, Zehra dan bekas suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin sah bercerai talak satu.
Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu secara fast track selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Zehra pada Oktober 2017 pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan.
Sumber: Threads Zehra Zambri
The post Zehra Zambri Berdepan Fasa Kritikal, Mohon Peluang Pekerjaan – ‘Kewangan Saya Telah Dicab*li’ first appeared on OHBULAN!.





