Pelakon, Zara Zya mendedahkan dirinya telah berdepan gangguan mistik sejak lebih 10 tahun lalu, sekali gus memberi kesan terhadap rutin dan kehidupan hariannya.
Artikel Berkaitan: Zara Zya Impi Mahu Mendirikan Rumah Tangga – ‘Tapi Nak Buat Macam Mana, Belum Ada Yang Sudi Datang’
‘Dia buruk’

Zara, 40, berkata pengalaman itu membuatkan dirinya sudah terbiasa dengan situasi berkenaan, namun memilih untuk tidak membuat andaian melulu sama ada gangguan itu berpunca daripada perbuatan individu atau sebaliknya.
Sudah lebih 10 tahun dan situasi yang saya lalui. Sebenarnya seram sebab rupa ‘dia’ buruk tapi ‘dia’ sama saja makhluk Allah SWT.
Apa yang dikongsikan dalam Threads itu adalah pengalaman ‘benda’ itu ada di kawasan rumah dan selalu teman saya memasak sehingga sampai satu tahap rasa ‘woi tepi, sudah-sudahlah!’
Waktu potong bawang, mata akan jadi pedih berkali-kali ganda pedih tau, macam buta, jadi waktu itu ‘dia’ ada.
Zara berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan kandungan Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Menurut Zara, keadaan yang dialaminya kini dilihat semakin terkawal berbanding sebelum ini apabila gangguan tersebut pernah berlaku hampir di setiap tempat yang dikunjungi.
Dulu lagi teruk sebenarnya, memang nampak lagi jelas sehingga saya sudah tidak pergi lagi kedai kegemaran saya.
Sekarang ini alhamdulillah semakin baik tapi sekejap ada, sekejap tiada cuma kita tak sepatutnya takut pada gangguan tersebut sebab kita makhluk lebih mulia.
Memang gangguan mistik dan dalam keluarga memang hanya saya sahaja yang boleh lihat. Tak berani nak cakap orang ‘hantar’ atau sebaliknya sebab kalau boleh tidak mahu berkongsi terlalu mendalam mengenainya.
Ditanya mengenai usaha untuk merawat atau memulihkan keadaan, Zara menjelaskan pelbagai ikhtiar telah dilakukan sepanjang tempoh lebih sedekad berdepan situasi berkenaan.
Macam-macam ikhtiar sudah saya lakukan, kalau kita sakit luka pun pergi klinik, apatah lagi jadi begini. Jumpa ustaz dan pakar psikiatri semua sudah dilakukan.
Cuma mungkin Allah belum izinkan untuk sembuh sepenuhnya. Sekarang sihat alhamdulillah, tapi untuk sembuh sepenuhnya itu ambil masa.
Sejak alami gangguan ini, saya banyak amalkan zikir dan perkara yang mendekatkan diri pada Tuhan, itu sahaja yang saya lakukan kalau orang tanya tentang pendinding diri.
The post Zara Zya Dah 10 Tahun Boleh Nampak Makhluk Halus – ‘Benda Itu Teman Masak Di Dapur, Dia Buruk’ first appeared on OHBULAN!.





