25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ya Allah, Jauhkan Anak Aku Dari Maksiat & Zina’ – Ina Naim

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ina Naim mengakui berasa gelisah sehingga tidak boleh melelapkan mata apabila anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama beberapa rakannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Sudah Tegur Jaga Batas, Doa Hadie Dijauhi Maksiat – ‘Takkan Saya Nak Kurung Dia Dalam Bilik?’

    Naluri keibuan

    Ina atau nama lengkap Nordiana Mohd Naim, 41, berkata, dia risau sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini kepada anaknya itu.

    Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Amar, mesti tumpang tidur rumah Odah (Audra). Ibu risau, ibu tidak boleh tidur malam. Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’.

    Ina menjelaskan, rasa takut dan gelisah itu bukan disebabkan dia tidak mempercayai anaknya, tetapi kerana naluri keibuan yang mahu memastikan keselamatan dan maruah anak sentiasa terpelihara.

    MENARIK:  [VIDEO] Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Suruh Pakai Hijab – ‘Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan’

    Tegas Ina, dunia hari ini penuh dengan dugaan yang mampu menjerumuskan sesiapa sahaja ke arah keburukan, tanpa mengira latar belakang atau pegangan agama.

    Ibu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa Syaitan boleh hasut. Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia.

    Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dugaan dan ujian. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Itulah naluri seorang ibu.

    Difahamkan, Hadie keluar bersama beberapa rakannya iaitu Amar Haikal (anak Ameng), Audra (anak Sharifah Shahira) dan beberapa lagi.

    Hubungan mereka mula akrab sejak bersama-sama menyertai program nyanyian Talk To My Manager.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Ya Allah, Jauhkan Anak Aku Dari Maksiat & Zina’ – Ina Naim first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah