30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Watie Sahkan Keguguran, Alami Mimpi Petanda Kehilangan Anak – ‘Saat Kamu Di Syurga Ada Ibu Yang Menjaga’

    Shopee Sale



    Watie Hanifiah

    Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengesahkan mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.

    Keguguran

    Watie Hanifiah

    Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menulis sebuah coretan istimewa untuk zuriatnya yang telah pergi menghadap Ilahi.

    Katanya, dia telah mengalami mimpi sebagai tanda awal akan kehilangan anaknya sebelum perkara itu benar-benar menjadi realiti.

    Siang malam Mummy berendam airmata fikirkan kamu. Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy.

    Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat Mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu.

    Walhal Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.

    11 Mei 2025 Mummy dapat berita kamu betul-betul pergi (meninggal dunia) pergi tinggalkan Mummy.

    Reda

    Watie Hanifiah

    Menerusi hantaran sama, Watie bagaimanapun reda dan percaya segala yang terjadi mempunyai hikmah.

    Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dam abang-abang kamu.

    Mungkin masih banyak yang perlu Mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini.
    Mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang ada sebelum adanya kamu.

    Mummy reda walau ianya terasa perit untuk Mummy hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah.

    Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang tidak putus mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

    Terima kasih untuk kata-kata semangat dari kalian sekalian. Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa dan berbalas.

    Moga kamu dan ibu pada anak-anak Mummy menunggu kami semua di pintu syurga nanti. Yang pertama yang akan selalu di Ingatan Mummy.

    MENARIK:  Afifah Nasir Tak Sangka Jodoh Dengan Abang Kawan Baik – ‘Kami Berjumpa Di Konsert’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah